Dengan sedikit lagi bantuan, anak-anak boleh mula belajar secepat mungkin.
Dengan sedikit lagi bantuan, anak-anak boleh mula belajar secepat mungkin.
Macam tak logik, di kawasan tidaklah terlalu pendalaman, tapi pulau di sekitar kawasan ini boleh kata tiada langsung pusat pendidikan yang layak untuk anak-anak ini.
Dan realiti yang lebih menyakitkan, mereka mungkin akan mengulangi kitaran kehidupan yang sama bekerja keras sejak kecil, tanpa peluang untuk mengubah masa depan melalui ilmu.
Sebahagian besar daripada mereka datang daripada keluarga yang bekerja sebagai nelayan atau melakukan pekerjaan harian yang pendapatannya tidak menentu.
Keadaan ini menyebabkan ada anak-anak yang:
tidak mempunyai ruang belajar yang sesuai
kekurangan kemudahan pendidikan
sukar mendapat bimbingan pembelajaran secara konsisten
Tanpa kemudahan pendidikan yang mencukupi, peluang mereka untuk menimba ilmu menjadi semakin terhad.
Sedangkan setiap anak berhak untuk belajar, memahami ilmu dan membina masa depan yang lebih baik.
Anda bayangkan masih ramai menghadapi situasi begini pada saat ini anda membaca ini post…
Penduduk beberapa buah kampung sekitar dah boleh TARIK NAFAS LEGA lepas ini selepas adanya Projek Pendidikan ni.
Jika sebelum ini mereka tiada tempat untuk bergantung
Dengan sokongan para penyumbang dan para penginfak sebelum ini, pembinaan Pusat Pengajian Baitul Kiswah kini telah mencapai hampir 90% siap.
Bangunan utama telah hampir siap sepenuhnya.
Kini hanya tinggal beberapa keperluan penting untuk melengkapkan bilik darjah supaya kelas dapat digunakan sepenuhnya.
Jika madrasah seperti ini dapat dilengkapkan sepenuhnya, ia boleh menjadi tempat di mana anak-anak ini akhirnya mendapat peluang untuk belajar seperti kanak-kanak lain.
Infaq anda 100% akan mengubah hidup mereka kearah yang lebih baik.
Jadikan ini sedekah jariah terbaik anda dengan membekalkan peluang pendidikan
Anda merupakan insan pilihan Allah untuk bersama-sama dalam membantu usaha membekalkan pendidikan ini kepada 100 anak-anak yang menetap di kampung Simunul dan Semporna, Sabah dan sekitarnya
Dana Sebanyak RM15,000 Diperlukan sahaja lagi,
Kerana projek sudah berada di fasa akhir.
Bangunan hampir siap (±90%)
Yang menghalang kelas bermula sekarang ialah kelengkapan bilik darjah dan bekalan elektrik (solar)
Maknanya, setiap sumbangan anda hari ini terus mempercepatkan pembukaan kelas.
Sumbangan akan digunakan untuk:
Meja kerusi pelajar, Meja guru, Papan putih & Lain-lain kelengkapan
Dimana Lokasi dan Kepada Siapa Madrasah Ini Akan Dimanfaatkan?
Projek Pusat Pengajial Baitul Kiswah daripada Pertubuhan Kiswah Prihatin ini akan memfokuskan kepada penduduk di Kampung Simunul di Semporna, Sabah bagi fasa pertama.
Pusat Pengajian Baitul Kiswah bukan sekadar sebuah bangunan sekolah. Ia adalah sumber harapan kepada ramai anak-anak dan komuniti di Sabah yang selama ini mempunyai akses pendidikan yang terhad. Madrasah ini bakal memberi manfaat kepada beberapa golongan utama berikut
Alhamdulillah…
Dengan sokongan para penyumbang sebelum ini,
Pusat Pengajian Baitul Kiswah kini hampir siap sepenuhnya.
Kini hanya tinggal beberapa keperluan penting untuk melengkapkan bilik darjah:
Kerusi pelajar
Meja pelajar
Meja guru
Papan putih
Sistem solar untuk bekalan elektrik
Apabila semua ini lengkap, anak-anak ini dapat memulakan sesi pembelajaran dengan selesa dan teratur.
Apa kebaikan bila anda berinfaq untuk pembinaan pusat pengajian ini?
Kami berharap lebih ramai yang menjadi penyumbang Projek Mesin Air Bersih ini, dan berharap orang ramai dapat menjadikan ia sebagai saluran infaq bulanan.
Kami juga berharap orang ramai dapat mewar-warkan kepada kempen kami ini di halaman media sosial masing-masing. Hidup ini adalah jambatan kepada akhirat. Semoga usaha ini menbawa kepada kehidupan akhirat yang baik untuk kita.
Pertubuhan Kiswah Prihatin (Kiswah Care) PPM-007-10-09102023 merupakan pertubuhan yang dipacukan dengan iltizam membantu masyarakat yang terkesan dengan kedudukan kedudukan sosio ekonomi.
Seiring dengan peredaran semasa di dalam memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat, pertubuhan ini telah ditubuhkan pada 9 Oktober 2023 dan beralamat di Sungai Buloh, Selangor.
Kelebihan kami adalah :
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga.”
– Riwayat Muslim
Dengan membantu menyediakan tempat pendidikan, kita sebenarnya membantu memudahkan jalan anak-anak untuk menuntut ilmu.
Ya, sudah tentu. Setiap sumbangan walaupun kecil sangat bermakna.
Apabila ramai orang menyumbang bersama-sama, ia dapat membantu melengkapkan kemudahan bilik darjah dengan lebih cepat supaya anak-anak dapat memulakan pembelajaran mereka secepat mungkin.
Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan dan diberkati Allah SWT.
Ya. Setiap sumbangan yang diberikan membantu mempercepatkan proses melengkapkan bilik darjah supaya anak-anak dapat memulakan pembelajaran mereka.
Contohnya, sumbangan yang diberikan akan membantu menyediakan:
kerusi dan meja pelajar
kemudahan pembelajaran dalam kelas
persekitaran belajar yang selesa
Apabila semua kelengkapan ini tersedia, kelas boleh digunakan sepenuhnya dan lebih ramai anak-anak di Kampung Simunul dapat menikmati pendidikan.
Buat masa ini, sumbangan kepada kempen Pusat Pengajian Baitul Kiswah tidak menyediakan pelepasan cukai (tax exemption).
Walau bagaimanapun, setiap sumbangan yang diberikan tetap memberi impak besar dalam membantu melengkapkan kemudahan bilik darjah di Pusat Pengajian Baitul Kiswah, Kampung Simunul, Semporna Sabah.
Madrasah ini akan memberi manfaat kepada lebih 100 kanak-kanak di Kampung Simunul dan kawasan sekitar Semporna, Sabah, terutamanya daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Melalui pusat pengajian ini, mereka akan berpeluang untuk:
mendapatkan pendidikan asas
mempelajari Al-Quran dan ilmu agama
membesar dalam persekitaran pembelajaran yang lebih baik
Ia juga membantu membina generasi muda yang berilmu dan berakhlak dalam komuniti setempat.
Ya, sudah tentu boleh.
Pihak Pusat Pengajian Baitul Kiswah sentiasa terbuka untuk sebarang bentuk kerjasama yang memberi manfaat kepada pelajar dan komuniti setempat di Kampung Simunul, Semporna Sabah.
Antara bentuk kerjasama yang dialu-alukan termasuk:
Program pendidikan dan motivasi pelajar
Aktiviti kebajikan atau komuniti
Sumbangan peralatan pembelajaran
Program sukarelawan
Kerjasama bersama organisasi, syarikat atau NGO
Sekiranya anda atau organisasi anda berminat untuk menjalinkan kerjasama, anda boleh menghubungi pihak kami melalui maklumat yang disediakan. Kami amat menghargai setiap usaha yang ingin bersama-sama membantu membangunkan pendidikan anak-anak di kawasan ini.
Ya, terdapat pelbagai lagi inisiatif kebajikan dan program amal yang dijalankan oleh pihak kami selain daripada projek Pusat Pengajian Baitul Kiswah di Kampung Simunul, Semporna Sabah.
Antara usaha yang dilaksanakan termasuk program bantuan kemanusiaan, pendidikan, kebajikan masyarakat serta pelbagai projek yang bertujuan membantu golongan yang memerlukan.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program-program yang dijalankan, anda boleh melayari laman web rasmi kami di www.kiswahprihatin.org. Di sana terdapat maklumat penuh mengenai kempen, aktiviti serta inisiatif amal yang sedang dan telah dilaksanakan.
Terima kasih kerana mengambil bahagian dalam sumbangan